Physiotherapy dan rawatan Muscle Cramp & Spasm..

Rawatan untuk Cramp

Bismillahirahmanirahim....

Asalamualaikum, hari nie saya nak citerkan sikit berkaitan dengan masalah yang simple dalam bahagian musculoskeletal atau otot , tapi impaknya amat memberikan kesan kepada orang yang menghadapi masalah ini.

Muscle spasm atau Kejang Otot , kadang kadang paling senang saya nak bagi anda faham ialah orang melayu kita panggil ianya simpul biawak tapi dalam slanga mat saleh diorang panggil charley horse..Hermmm ye kot ...

Apakah itu muscle  Cramp & spasm ?
ianya satu proses pengecutan atau kontraksi otot yang tidak sekata dan berlaku secara tiba tiba , ianya mengakibat kan kesakitan dan juga rasa yang amat tegang pada bahagian yang terlibat ,kawasan yang paling biasa terkena ialah di bahu,belakang badan , perut ,tangan dan juga betis.





Punca ianya terjadi.
  1. Pengaliran darah yang tidak baik dan juga disebabkan penyempitan salur darah.
  2. Terlebih exercise (kata orang buat exercise lebih dari kemampuan badan)
  3. kurang renggangan ketika melakukan aktiviti sukan
  4. bersenam di tengah tengah panas
  5. otot dah terlalu penat ( berdiri lama lebih dari lapan jam)
  6. kekurangan mineral magnesium dan potasium
  7. kurang kalsium bagi ibu mengandung
  8. Kerosakan saraf di belakang atau di leher disebabkan masalah cakera disc
  9. stress dalam kehidupan harian.
  10. kesan sampingan ubat ubatan yang diambil sebagai contoh  Lasix, Procardia,Evista, Aricept dan beberapa jenis lagi yang DR lebih arif.
Perawatan yang boleh dilakukan
Masalah kejang otot tidak memerlukan pembedahan ataupun pengurusan yang sukar kerana rawatan selalunya boleh dlakukan sendiri dan amat penting kita memahami punca dan simptom itu dahulu.
rawatan yang boleh saya katakan agak berkesan adalah 
  1. Urutan yang ringan  (ianya amat membantu bagi melancarkan peredaran darah dan membantu pelancaran darah yang beroksigen ke tubuh .
  2. Lakukan renggangan atau stretching sebelum melakukan aktiviti aktiviti yang berat.
  3. Bagi kejang yang baru berlaku tuamkan dengan Tuala panas atau hot water bag bagi melembutkan otot yang keras 
  4. elakkan kena direct aircond pada bahagian kaki ketika tidur malam , kerana pengecutan otot berlaku dengan kadar tinggi ketika suhu sejuk.
  5. Diet yang seimbang amat perlu dan pisang mengandungi potasium yang baik serta mampu diserap badan dengan baik
  6. ikuti sunnah RASULALLAH SAW ,makan secubit Garam sebelum makan nasi kerana dibuktikan dalam kajian garam mampu merawat masalah kekurangan mineral diadalam tubuh dan ianya mampu mengelakkan kekejangan berlaku dengan kerap.


3 senaman ini insha allah mampu membantu mengurangkan risiko untuk kekejangan atau spasm ini berlaku , semoga ianya bermanfaat dan boleh membantu anda..

Physiotherapy dan Apakah itu Disc Bulge

Disc Buldge
Asalamualaikum

Hari ni saya nak share sikit salah satu lagi punca yang mengakibatkan sakit belakang iaitu Disc Bulge

Apakah itu Bulging Disk

Ianya merupakan salah satu penyebab kepada sakit belakang ,dan juga sakit leher, salah satu punca yang paling kerap dijumpai di dalam diagnosis sakit belakang.
ianya juga ditafsirkan dalam perubatan sebagai slip disc serta protruding disc .
Tetapi apabila cakera disc ini membengkak dan keluar dari kantung disc ianya dikenali herniated disc.
bulging disc
Bagaimana ianya terjadi

Ada 3 faktor yang berkemungkinan mengakibat kan ianya berlaku , antaranya ialah


  • Kelemahan dinding anulous 
  • tekanan yang kuat pada disc spinal yang menyebabkan dinding anulous koyak 
  • Trauma atau jatuh.
Kita boleh bahagikan juga permasalahan ini dalam kajian menunjukkan 
  • Accumulated Microtrauma salah satu penyebab masalah ini berlaku adalah pengulangan trauma yang berterusan seperti poor posture akan menggalakkan masalah ini berlaku.

Kedudukan seperti gambar di atas merupakan posisi yang paling kerap kita lakukan , tahukan anda ianya merupakan penyumbang kepada disc bulge ini .

  • tekanan yang Kuat secara tiba tiba , ianya amat mudah dikesan terutama apabila anda terjatuh dengan punggung dahulu atau mengangkat sesuatu yang berat dengan mengejut tanpa membetulkan posisi
Seperti yang ditunjukkan di dalam gambar ianya kelihatan jelas cara yang salah boleh membawa masalah sakit belakang yang sepatutnya boleh dicegah.

Jatuh dengan punggung ke lantai dulu memang merupakan salah satu punca yang paling kerap untuk dapat sakit belakang dan ianya juga merupakan penyumbang kepada masalah sakit belakang ini.

Sakit yang terhasil dari disc bulge ini datang secara perlahan lahan , permulaanya ianya datang dengan rasa kebas dan sakit sakit yang minimal di sekitar belakang dan leher , ianya juga boleh mengakibatkan bahagian badan yang terlibat hilang kekuatan dan juga menjadi tegang. perawatan awal amat digalakkan kerana apabila ianya dirawat awal kita boleh mengelakkan untuk dibedah dan juga mengelakkan sakit itu berpanjangan.


Physiotherapy dan Cara senaman Spinal Stenosis

Spinal StenosisBismillahirahmanirahim

Asalamualaikum , malam malam nie kadang kadang best juga menaip sambil melayan fikiran ,
malam nie terfikir pulak nak menaip kisah stenosis nie...

Apa itu spinal stenosis ?
Mengikut kajian ianya merupakan satu masalah atau gejala abnormal yang berlaku pada ruang laluan saraf , ianya mengakibatkan tekanan berlaku pada saraf tunjang belakang yang mengakibatkan pesakit mengalami kesakitan bahagian belakang dan boleh menjalar ke bahagian kaki...

 Apakah Punca spinal Stenosis ini boleh berlaku...
 banyak faktor yang boleh saya kaitkan dengan permasalahan  ini antaranya ialah

Peningkatan Umur.

Apabila umur kita meningkat maka akan berlaku proses proses yang boleh mengakibatkan tulang tulang kita menghasilkan tulang lebihan yang dipanggil spur , penyempitan saraf akan berlaku pada bahagian laluan saraf tunjang dan akan mengakibatkan saraf itu mengalami himpitan.

Arthritis Dua Punca utama arthritis yang kerap berlaku dan penyumbang besar pada spinal stenosis ialah
1.Osteoarthritis
2.Rheumatoid Arthritis

Keturunan
 Faktor keturunan juga merupakan salah satu penyumbang kepada masalah ini , ianya lebih berkaitan dengan masalah genetik .Ada ketika masalah ini boleh berlaku kepada peringkat usia yang muda disebabkan abnormal yang belaku pada bahagian tulang belakang sejak kecil lagi.

Kedudukan Tulang Belakang yang tak stabil (spondylolisthesis)
Jika tulang belakang mengalami ketidak stabilan , maka himpitan pada saraf boleh juga berlaku.

Tumor pada Tulang belakang
Penumbuhan tumor pada bahagian tulang belakang juga dikatakan antara penyumbang kepada spinal stenosis ini, ianya mengakibatkan penumbuhan tisu yang abnormal pada bahagian laluan tulang belakang yang boleh mengakibatkan himpitan pada ruang saraf serta menyempitkan laluan.

Trauma
Kemalangan yang mengakibatkan patah pada bahagian tulang belakang juga boleh menjadi penyumbang kepada penyempitan lubang saraf apabila lubang saraf mengalami penumbuhan tulang yang tak sekata dan fragment tulang yang tumbuh dalam keadaan yang abnormal.

Apakah Simptom yang biasa dirasai oleh pesakit spinal stenosis ?
Pesakit kadang kadang mempunyai jenis sakit yang berbeza bergantung kepada punca stenosis dan level yang terkena
Tetapi kadang kadang sakit ini didatangi dengan sakit belakang dan juga sakit pada bahagian kaki disebabkan saraf yang tersepit .

  • Antara simptom lain yang biasa dilihat ialah kaki menjadi lemah dan mudah rasa hendak jatuh serta rasa malas pada bahagian kaki.
  •  Rasa Sakit yang amat ketika berjalan dan rasa seperti jarum mencucuk cucuk bahagian belakang dan kaki
  • Rasa kebas dan kadang kadang rasa kaku , pijar dan seram sejuk pada bahagian kaki.
Rawatan Yang sesuai

Dalam bahagian fisioterapi antara rawatan yang dicadangkan adalah bergantung kepada assesment yang dilakukan kepada pesakit.

  • Terapi Panas dan sejuk merupakan rawatan yang paling ringkas untuk pesakit merawat kesakitan dengan cara yang membantu mengurangkan kesakitan yang berlaku pada bahagian belakang dan juga kaki.
  • Penggunaan Lumbar traction juga membantu bagi sesetengah kes tetapi kadang kadang tanpa assesment yang betul ianya boleh memudaratkan lagi keadaan pesakit , tetapi melalui pengalaman saya banyak pesakit yang melakukan rawatan traction kesakitan dibahagian kaki berjaya dikurangkan sehingga 80 peratus.
  • Penggunaan Tens juga membantu bagi mengurangkan rasa sakit yang terhasil dari saraf dan ianya dapat dilihat apabila ianya diletakkan dibahagian yang betul kesakitan dari otot dan saraf berjaya dikurangkan.
  • Ultrasound Therapy , pengunaan ultrasound adalah praktikal bagi kawasan sakit yang keluasanya adalah kecil atau localize pain area.
  • Senaman Tulang belakang, ianya amat membantu bagi membekalkan darah yang baik bagi bahagian tulang belakang , ianya juga mampu menguatkan bahagian tulang , ligament dan juga kedudukan struktur tulang bagi mengelakkan kecederaan berlaku lebih parah.
  • Postur yang baik adalah kunci kepada pengurangan masalah sakit belakang yang terhasil dari masalah stenosis ini.
  •  Pengambilan Ubat ubatan yang betul seperti diarahkan pakar amat membantu pesakit dalam mengurangkan gejala yang tidak selesa
Senaman Senaman yang boleh dilakukan

Bengkokan lutut dan secara perlahan lahan tarik dan rapatkan kedada , pastikan ditahan dalam 10 saat dan lakukan ulangan sebanyak 10x

 

letakkan tangan di atas lutut kemudian secara perlahan tarik rapat kedada dan di tahan seperti ulangan senaman 1 tadi





 Senaman berikutnya bengkok kan kedua dua lutut dan secara perlahan golekkan ke kiri dan kekanan serta secara perlahan lahan tarik dengan tangan bagi rasa comfort stretch lakukan ulangan seperti senaman 1 tadi.

Senaman diatas Ini adalah kontraindikasi atau jangan dilakukan jika anda mengalami masalah stenosis, apa apa jua senaman berbentuk extension adalah patut dielakkan dari anda lakukan kerana ianya mampu mengakibatkan sakit bertambah dan menyebabkan himpitan berlaku lebih kuat....

So Untuk ini sahaja yang saya ingin sharekan dan semoga sedikit ilmu ilmu ini mampu anda manfaatkan dan gunakan sebagai panduan bagi mengatasi masalah ini...



Physiotherapy dan Apakah itu (TIA) Transient ischemic Attack

Stroke (TIA)

Bismillahirahmanirrahim

Asalamualaikum....

Hari nie kiter citerkan sikit berkaitan TIA , Apa itu TIA ye...
Dalam makna yang mudah untuk difahami , ianya merupakan satu gejala MINI STROKE..
puncanya ialah peredaran darah kebahagian otak berlaku halangan atau terhenti secara tiba tiba dalam jangka masa yang singkat , yang mengakibatkan kerosakan tisu tisu otak secara kecil disebabkan kekurangan oksigen.

Waktu berlaku....
Ianya berlaku dalam masa 24 jam , dan gejala yang ditunjukkan hampir sama seperti gejala stroke.

Punca ianya boleh berlaku...
Gejala mini stroke ini boleh terjadi kepada 3 kategori

  1. Kurangnya pengaliran darah kebahagian otak disebabkan tekanan darah yang rendah berlaku pada salur darah yang membawa darah beroksigen ke otak , antaranya adalah salur darah karotid.
  2. Enapan darah beku  (BLODD CLOTH) dari bahagian badan yang lain mengalir melalui jantung dan tersumbat ke laluan darah yang menyalurkan ke otak
  3. Penyempitan pembuluh salur darah disebabkan enapan lemak dan kolestrol yang mengakibatkan penyumbatan .
Pekara yang perlu di fahami dan ditekankan melalui masalah ini ialah
  • 40% orang yang menghadapi masalah TIA ini dalam kajian menunjukkan mereka berkemungkinan boleh mendapat stroke yang sebenar.
  • Kajian menunjukkan dalam masa terdekat atau beberapa hari stroke boleh terus terjadi .
  • Simptom TIA sama seperti simptom stroke.

Apakah Langkah Pencegahan yang baik...

  • Goal atau tujuan dalam pengurusan TIA ialah untuk mengelakkan atau mencegah ianya berlaku pada masa depan atau terdekat , jangan pandang isu ini remeh , kerana pencegahan awal adalah rawatan yang paling terbaik.
  • Pengawalan berat badan yang ideal , diet yang seimbang , pengawalan pengambilan rokok dan minuman keras ( bagi non Muslim) ,lakukan senaman yang konsistant serta seimbang adalah satu pencegahan yang paling baik.
  • Bagi yang mempunyai risiko , pengambilan ubat diatas nasihat Dr pakar adalah terbaik kerana pengambilan ubat untuk mengelakkan pembekuan darah adalah salah satu rawatan yang berkesan dalam pencegahan.
  • Jika TIA berlaku disebabkan blockage di dalam salur darah ,seperti carotid atery , Dr Pakar akan menyarankan satu pembedahan yang membuka kembali laluan carotid dipanggil endarterectomy dan  stenting.
Apa yang penting adalah pencegahan dan dapatkan dari nasihat pakar agar kita dapat mencegah dan menjauhi risiko untuk menghadapi pekara ini . 

http://od1wr3ep5qn334yxu6oe5etiu.wpengine.netdna-cdn.com/images/stories/conditions/stroke.jpg




Physiotherapy danTotal Hip Replacement (Precaution)

Tips selepas pembedahan sendi pinggul

Asalamualaikum,

Hari ini saya nak citerkan sikit pasal penjagaan selepas pembedahan TOTAL HIP REPLACEMENT,
atau dalam bahasa kita ianya di panggil penukaran penuh tulang penuh

Apa itu THR ?
merupakan salah satu pembedahan yang menukar bahagian sendi peha dan ditukarkan ke sendi implant.

Tujuan pembedahan ini berlaku kerana antara beberapa faktor iaitu
  1. Osteoarthritis yang teruk
  2. Sendi Peha Patah
  3. Avascular Necrosis (pereputan sendi tulang peha)
  4. Cancer Tulang

Apakah Risiko selepas pembedahan?
Pekara ini amat penting bagi setiap pesakit memahami antara risiko yang boleh berlaku selepas pembedahan iaitu dan cara penjagaanya. sila lihat perbezaan xray normal dan dislocation


  • Normal
  • Dislocation Total Hip replacement


Cara Cara penjagaan basic selepas pembedahan
  1. Elakkan duduk membongkok lebih dari 90 darjah








2. Elakkan silang kaki yang di bedah  ke arah dalam.


3.Jangan Duduk bersila atau silang panggung



4.Tinggikan tempat duduk tandas dengan membeli di farmasi


5.Ketika tidur digalakkan letak bantal kecil antara celah kaki bagi mengelakan kaki tersilang
   (digalakkan selepas baru dibedah)


 Antara yang lainya saya nyatakan dalam gambar ini , dan jika mampu dielakkan ianya adalah pendekatan yang terbaik
do not bend

oleh itu , saya rasa ianya antara pekara paling basic atau palin mudah untuk difahami bagaimana untuk menjaga THR selepas dibedah , insha Allah dengan gambar yang diberi ianya dapat memberikan sedikit manfaat buat kita semua...



Physiotherapy dan senaman Step Test

Step Test exercise

Bismillahirahmanirahim.

Asalamualaikum , untuk entry kali nie saya nak share sikit macam mana anda hendak tahu bahawa jantung anda ini fit atau dengan kata lainya ianya sihat he he,ini merupakan test ataupun kita panggil endurance untuk mengukur sejauh  mana kecergasan anda.

  1. Ianya amat praktikal dan mudah dilakukan tanpa perlu pergi ke GYM atau ke mana mana pusat kecergasan .
  2. ianya amat mudah dilakukan dan boleh dilakukan di rumah.
  3. dapat keputusan serta merta .

Apa yang anda perlukan ?
  • Steper 12 inch  / tangga yang ada di rumah

  • Stop Watch / handphone stop watch (download kat google aps)
nampak sangat simple sahaja peralatan yang diperlukan bukan , so tak boleh la kata susah nak buat he he he

cara nak buat step test nie boleh ikut guideline yang saya bagi dan gunakan form ini

Name ______________________________ BP_______________
Medical History_____________________ Age _________
STEP TEST
This test is designed to measure your cardiovascular endurance.
Using a 12 inch step (or similar sized stair in your house),step on and off for 3 minutes.
Step up with one foot and then the other.Step down with one foot followed by the foot.
It's easy to maintain if you say "up,up, down , down". Go at a steady speed.
*At the end of  3 minutes, remain standing while you immediately check your heart rate
or pulse for one minute. 
* Depends on individual fitness level.
3 Minutes Step Test 
AGE 18-25 26-35 36-45 46-55 56-65
SEX Men Women Men Women Men Women Men Women Men Women
EXCELLENT < 79 < 85 < 81 < 88 < 83 < 90 < 87 < 94 < 86 < 95
GOOD 79-89 85-98 81-89 88-99 83-96 90-102 87-97 94-104 86-97 95-104
ABOVE  90-99 99-108 90-99 100-111 97-103 103-110 98-105 105-115 98-103 105-112
AVERAGE
AVERAGE 100-105 109-117 100-107 112-119 104-112 111-118 106-116 116-120 104-112 113-118
BELOW 106-116 118-126 108-117 120-126 113-119 119-128 117-122 121-129 113-120 119-128
 AVERAGE
POOR 117-128 127-140 118-128 127-128 120-130 129-140 123-132 130-135 121-129 129-139
VERY POOR > 128 > 140 > 128 > 138 > 130 > 140 > 132 > 135 > 129 > 129

Nak lagi faham ikut gambar ini ok..




Ok lah insha Allah , senaman yang ringkas dan boleh digunakan untuk mengukur tahap kecergasan jantung kita..

Physiotherapy dan Cara senaman serta rawatan Frozen Shoulder

Frozen shoulder
Assalamualaikum,

Mari kita cerita sikit pasal frozen shoulder , atau dalam erti kata lainya bahu beku...macam pelik je bunyi nya..macam citer frozen yang anak anak aku suka tengok pun macam ada juga..

Apakah itu frozen shoulder?

Jangan anda berfikir dalam bahu anda ada air batu yang mengakibatkan bahu beku ok he he,
Frozen shoulder bermaksud ada berlakunya inflamasi atau bengkak di sekeliling tisu sendi bahu yang akan mengakibatkan bahu anda mengeras , ini adalah kerana tisu tisu yang cedera ini tadi akan mula mengeras serta meninggalkan struktur parut yang tidak rata mengakibatkan adanya limitation dari semua arah segi pergerakkan sendi bahu anda.


Apakah Puncanya ?

Setakat ini punca frozen shoulder tidak dapat dipastikan secara jelas kerana ianya boleh datang dalam pelbagai peringkat , ini kerana pengalaman saya ketika merawat pesakit yang mengalami masalah frozen shoulder ini ,mereka tiba tiba jadi sakit dan keras pada bahu , sedangkan tiada jatuh atau belaku trauma pada anggota bahagian itu.

Tetapi , kebanyakan pesakit yang mempunyai masalah ini ada sejarah seperti cedera , over use atau over stretch , pesakit yang mengalami stroke , pesakit yang membuat pembedahan di bahagian bahu atau mastectomy, kes kes begini boleh menjadi pemangkin kepada permasalahan ini.

Kencing manis juga dikaitkan dengan masalah ini , kerana pengawalan kadar gula dalam darah yang lemah mengakibatkan tisu tisu di sekeliling sendi jadi mengeras dan melekat.

Tanda Tanda frozen shoulder ?

  • Antara  tanda yang jelas , kebanyakan pesakit mengadu mengalami sakit yang berdenyut denyut di waktu malam atau ketika waktu suhu yang sejuk , kebanyakan mereka jadi anti dengan aircond disebabkan rasa sakit ini.
  • Tangan menjadi berat dan lemah , sampai ada ketika mereka katakan cawan pun tak boleh diangkat.
  • bahu mengeras dan tak boleh digerakkan dengan arah yang betul
  • Rasa sakit yang mencucuk dan sakit jika dipaksa gerak.
  • Paling teruk sampai mengganggu tidur.

Peringkat Proses Frozen Shoulder.







  • Peringkat menyakitkan (stage 1): Bahu akan terasa kaku dan kesakitan mengiringi setiap pergerakan bahu. Ia kemudiannya menjadi bertambah sakit dan lebih teruk pada waktu malam. Keadaan ini boleh berlarutan di antara kira-kira tiga hingga 4 bulan.







  • Peringkat Beku/ Perlekatan (stage 2): Sakit mungkin berkurangan tetapi bahu menjadi lebih kaku manakala pergerakan bahu semakin berkurangan (empat hingga enam bulan). Elakkan pergerakan melampau yang boleh mencetuskan kesakitan. Bagaimanapun, pesakit boleh terus menggunakan bahunya seperti biasa.







  • Peringkat pemulihan/ penyembuhan (stage 3): Keadaan menjadi bertambah baik dan tidak begitu menyakitkan (satu hingga tiga bulan). Pada mulanya, amat sukar untuk menggerakkan bahu walau sedikit namun selepas seketika, kekakuan beransur hilang. Pesakit sudah boleh menggerakkan bahunya semula.

  • Dalam peringkat ini , ianya memang mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi buat pesakit , ada ketika rawatan pemulihan boleh menjangkau lebih setahun untuk sembuh.

    Rawatan Doctor.

    Ubat Ubatan / Suntikan
    kebanyakan dan kebiasaan doktor akan memberi ubat penahan sakit hanya untuk mengurangkan sakit tetapi tidak membantu meningkatkan pergerakan sendi.
    “Suntikan steroid dan lokal anestetik ke dalam sendi bahu glenohumeral dapat meredakan inflamasi, seterusnya mengurangkan sakit . Tetapi dalam peringkat ini pesakit hendaklah mengikut arahan Doktor seperti mengurangkan pergerakan yang agresif dan cuba mengambil ubat ubatan yang telah diarahkan.

     Pembedahan
    Adalah amat amat jarang bahu dibedah jika kerana frozen shoulder , tetapi jika gumpalan tisu keras di dalam bahagian bahu tidak lembut atau hilang , maka pembedahan adalah salah satu alternatif yang terakhir.

    Apakah peranan Fisoterapi.

    Untuk permasalahan ini selalunya aim and goal adalah mendapatkan range atau jarak pada bahagian bahu dengan kadar yang konsistant , membantu mengurangkan sakit dan juga mengekalkan kekuatan otot otot di sekitar bahu.

    Selalunya Terapi panas dan sejuk merupakan opsyen yang baik bagi merawat masalah sakit bahu ini dan ianya akan ditentukan dengan mengambil kira assesment yang dilakukan oleh therapist yang bertauliah.

    senaman yang boleh dilakukan untuk masalah ini dan diamalkan dengan risiko yang minimal adalah


    pendular exercise

    Senaman Yang membantu melonggarkan sendi bahu , risiko sakit yang minimal , cuma perlu lakukan dalam bentuk putaran arah jam dan lawan jam.


    Cara Begini lebih mudah dilakukan jika jari atau tangan menyelusur dinding secara perlahan lahan , dilakukan semampu yang boleh digapai.

     bahu dirapatkan ke belakang bagi membantu mendapatkan postur yang baik dan juga mengurangkan ketegangan di bahagian leher dan bahu.

    bahu secara perlahan lahan dibuka atau didepangkan , dan secara perlahan jatuhkan bahu ke tepi badan tanpa menekan ke arah leher.

    boleh digunakan untuk membantu merenggangkan otot bahu depan dan juga mencantikkan postur tubuh serta membantu otot bahu depan direnggangkan.

    Cara begini sesuai digunakan ketika baring dan ianya mengurangkan sakit serta membantu mengekalkan mobiliti pada bahu.

    Senaman Asas ini adalah satu alternatif tetapi , perawatan yang betul adalah melalui profesional seperti DR dan juga Fisioterapi , oleh itu sebagai langkah yang lebih baik senaman ini sesuai dilakukan apabila di nasihat oleh pakar pakar bagi membantu mempercepatkan proses pemulihan anda.
    Senaman seperti ini saya galakkan anda lakukan sekurang kurangnya 3 kali sehari pagi , petang dan malam serta dilakukan sebanyak 10x/20x bagi setiap jenis.

    Physiotherapy dan rawatan Passive Range Of Motion ( Cara senaman Asas buat pesakit stroke) bahagian Anggota Atas

    senaman stroke (Tangan)
    Assalamualaikum ,
    seperti yang dijanjikan , Insha Allah kita kongsikan manfaat ilmu yang sangat sikit saya ada ini

    Senaman ringan angin ahmar amatlah mudah dilakukan dan saya amat amat berharap agar kita dapat melakukan rawatan ini bagi mengurangkan risiko buat pesakit untuk menjadi stiff atau kaku, yang akan membantutkan pemulihan pesakit itu .

    • .Senaman Tangan

    1. Anggota Atas Badan

    Illustration of a shoulder exercise
    Tangan pesakit , bahagian yang lemah diangkat secara perlahan lahan sehingga mendekati bantal , pastikan tidak over stretch pada bahagian anggota itu.
    senaman dilakukan secara perlahan lahan dan konsistant .

    Illustration of a shoulder exercise

    Tangan pesakit diangkat dan dibawa ke sisi sehingga ke bahagian kepala , dilakukan secara perlahan lahan .
    Illustration of a shoulder exercise


    Tangan /siku pesakit dibengkokan 90 darjah dan ditegakkan secara perlahan lahan ke bahagian sisi.
    Illustration of a shoulder exercise

    Tangan pesakit di putarkan ke bahagian belakang dengan kadar yang amat perlahan dan pastikan tidak berlakunya over stretch , berhenti apa bila pesakit mengadu sakit.
    Illustration of an exercise for the elbow

    Siku pesakit di adabkan ke dalam dan secara perlahan lahan putarkan mengadap ke luar.

    Illustration of an exercise for the elbow
    Siku pesakit dibengkokkan 90 darjah dan secara perlahan ulangi kaedah senaman siku diatas.
    Illustration of an exercise for the wrist
    pada pergelangan tangan pegang di bahagian pergelangan dan lakukan seperti melambai , secara perlahan dan teratur.Gambar di sebelah pergelangan tangan di bawa ke kanan dan kiri.

    Illustration of an exercise for the fingers



    untuk bahagian jari bengkok secara pelahan lahan setiap satu jari , pastikan jari bersentuhan dengan tapak tangan, cuba lakukan senaman seperti memegang atau mencubit pada gambar kedua.

    Illustration of an exercise for the fingers

    Bukakan Jari satu persatu seperti rengangan bagi mengelakan daki atau tangan pesakit melecet , lakukan secara perlahan lahan.

    insha Allah , saya rasa senaman ini amat ringkas dan tiada alasan untuk menidakkan senaman ini kepada pesakit , secara keseluruhanya senaman ini amat membantu pesakit supaya tidak kaku , dan juga ianya membantu deria rasa pesakit pulih dengan kadar yang cepat jika ianya diamalkan selalu
    saya punya cadangan senaman ini dilakukan sekurang kurangya 3 kali sehari dengan setiap satu cara dilakukan 10/15 kali.