Physiotherapy dan Spondylosis serta Rawatan

Spondylosis

Asalamualaikum..

Bestnya hujan malam nie , alhamdulillah sejuk nak buat tidur hu hu , hujan rahmat nie, tetapi hujan dugaan buat saudara kita di pantai timur.. Topic di malam ini aku nak citerkan sikit pasal Lumbar spondylosis..

Hrmmmm apa benda spondylosis nie macam bunyi spongebob je ...Haaa kalau korang nak tahu benda nie merupakan sedara pada OA lulut, seperti yang aku postkan dalam entry sebelum nie. Lumbar spondylosis nie adalah merupakan salah satu radang pada sendi sendi atau cantuman di tulang belakang, Ianya apa bila berlaku akan mengakibatkan si pesakit menderita sakit belakang dan juga sakit pada bahagian kaki jika berlaku himpitan pada saraf...

Kompleks betul badan manusia nie kan , tetapi benda ini boleh berlaku tak kira apa peringkat umur dan jika ianya nak berlaku pada orang muda pun boleh juga terjadi, tetapi selalunya ianya berlaku lebih kepada warga warga veteran.

Kadang kadang sakit nie datang tanpa apa apa symptom sehinggalah muncul tanda tanda stiff,sakit jika berada satu posisi yang lama , contoh duduk yang lama dan berdiri terlalu lama, Bagi pesakit yang selalu mengalami masalah sakit belakang nie  pernah tak korang pergi hospital atau klinik pergi buat x ray dan dr akan kata tulang korang ada tulang baru tumbuh tak pun ada tulang tajam yang tumbuh...hrmmm ini merupakan salah satu tanda yang tulang korang mengalami masalah spondylosis nie...

Punca punca dapat masalah nie adalah lebih kepada faktor faktor fizikal yang secara tak sengaja seperti semasa mudanya kerap melakukan aktiviti yang lasak seperti mengangkat barang barang yang berat, berat badan yang tak terkawal atau trauma disebabkan hentakan atau jatuh yang kerap..kadang kadang ada setengah kes lansung tak dapat tahu apa puncanya..

Dalam X ray selalunya  kita akan nampak macam nie


tulang tue selalunya nampak pelik atau ada tajam tajam sikit.

Bayangkan lah mcam mana tulang kita yang tajam nie mencucuk cucuk kat sekeliling otot belakang kita nie , sakit wooo, tetapi banyak kaedah dan rawatan yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan masalah sakit disebabkan spondylosis nie..

Penggunaan TENS (Transverse Electrical Stimulation)

Merupakan satu rawatan yang ringkas untuk memberikan kelegaan pada sakit belakang dengan menggunakan stimulasi elektrik yang kecil agar otot otot disekitar kawasn yang sakit menerima Pain killer semula jadi cetusan dari stimulasi elektrik yang dihasilkan dari saraf pusat dan Gland pituitary. yang dipanggil Endorphin hormone..Hebat ciptaan allah ini dalam badan manusia pun dah ada natural pain killer.

Lumbar Traction

Rawatan ini kadang kadang ada PRO dan Contra , kerana ada kajian menyatakan ianya kurang berkesan dan tidak praktikal , tetapi ada setengah kes rawatan yang dijalankan dengan pengiraan berat badan yang betul dan cara tarikan yang tepat insha Allah kesanya positif.



Heat Therapy

Rawatan conservative tetapi berkesan dengan izin Allah , aku rasa kalau stiff ngan ketat sangat pinggang nie , cara nie ok untuk dicuba, selain itu ianya akan membantu melancarkan peredaran darah pada bahagian otot yang sakit.


Ultrasound


Haaa yang nie bukan nak lihat belakang korang ada Baby tetapi ini merupakan salah satu rawatan yang boleh digunakan unutk memberi kelegaan buat otot yang sakit dengan mengunakan alat yang dipanggil therapeutic ultrasound therapy.Dalam kata lain ianya mengunakan sound wave yang boleh menembusi otot otot yang dirawat untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

Senaman Belakang

Bagi aku lah , aku lebih percaya bahawa senaman belakang yang konsistant akan membantu untuk melegakan dan juga menguatkan struktur otot otot utama yang dimana ianya lansung tak memerlukan kos rawatan yang mahal cuma komitment untuk melaksanakan dan juga disiplin untuk meneruskannya.

So aku harap info info ini akan memberikan sedikit gambaran pada korang apa yang diperkatakan spondylosis , kerana kadang kadang untuk faham secara saintifiknya sukar nak faham so aku try bagi ianya lebih mudah difahami..

Wasalam..








Physiotherapy dan Senaman Untuk Permulaan OA Lutut

Senaman Menguatkan Lutut
Asalamualaikum , Entry kali nie seperti yang aku janjikan , aku akan ajarkan senaman senaman , bagi mengurangkan symptom sakit lutut OA ini, senaman yang aku share nie merupakan senaman yang biasa dipraktiskan dimana mana hospital dan juga oleh therapist .

1.Static Quads
Cara senaman ini dilakukan dengan meletakkan tuala kecil ,pada bawah pelipat lutut , kemudian secara perlahan lahan tekan kan bahagian bawah lutut seadanya ,tahan dalam posisi kaki yang tegak dan pejal selama 5-10 saat dan diulang kembali sebanyak 10x-15x.
Static Quads


2.Straight Leg Raise ( SLR)
 Yes senaman kegemaran aku, kerana senaman ini kalau korang dapat lakukan sebaik mungkin konfirm kaki akan rasa ringan serta akan mengurangkan tahap sakit pada lutut.
Caranya  tegangkan hujung pergelangan kaki (ankle) ,kemudian dengan kaki yang penuh lurus angkat kira kira satu jengkal sahaja, sebab kalau korang angkat lebih aku sure kaki korang tak akan rasa keberkesanan senaman ini. tahan dalam posisi kaki yang tegak dan pejal selama 5-10 saat dan diulang kembali sebanyak 10x-15x.
Straight leg Raise (SLR)

3.Side SLR
 Tukar Posisi Badan ke tepi , lakukan cara yang sama seperti SLR tadi dan petua nak bagi senaman nie effective , kaki kena sentiasa tegak dan pejal maksudnya penuh dengan kontraksi otot, tahan dalam posisi kaki yang tegak dan pejal selama 5-10 saat dan diulang kembali sebanyak 10x



 4.Hip Prone SLR
 Yang ini pulak korang cuma perlu tukar posisi meniarap sahaja , cara nya tetap sama angkat kaki dalam agakkan sejengkal ,dalam posisi kaki yang tegak dan pejal selama 5-10 saat dan diulang kembali sebanyak 10x-15x.

Hip Prone SLR

 5.Adductor Rise
Ini Merupakan salah satu senaman yang kadang kadang terapist lupa nak ajar , ianya merupakan senaman yang penting kalau korang nak kuatkan seluruh struktur lutut korang ,Caranya pun mudah baring sisi , posing ala ala dlm photo nie , kemudian angkat kaki arah dalam serta dalam agakkan sejengkal ,dalam posisi kaki yang tegak dan pejal selama 5-10 saat dan diulang kembali sebanyak 10x-15x
Adductor Rise



6.VMO strengthening
Ini pun senaman yang penting kadang kadang therapist lupe nak ajo...kerana apa sama ada therapist tue malas, memang betul betul lupa , atau dia kesian tengok korang buat exercise banyak sangat  kut , tapi bagi aku , setiap pesakit aku tekan kan mereka buat senaman ini untuk menguatkan otot VMO yang memainkan peranan penting didalam membantu alignmentkan tempurung lutut korang..
Caranya letakkan bantal, bola, gumpalan tuala diantara celah peha korang kemudian secara perlahan lahan tekan kearah dalam dan tahan 10-15 saat, lakukan dan ulangi sebanyak 15-20x.




Dalam proses senaman macam nie kadang kadang memang ada rasa sengal sengal pada otot peha , tetapi jgn bagi ianya mematahkan semangat korang nak bagi lutu korang baik dan tahan lama balik bak kata Mat saleh No Pain No Gain ,jadikan senaman ini sebagai suatu yang konsistant dan percaya pada diri, jangan harap keajaiban berlaku serta merta , seperti ingat buat setakat 1-2x pastue korang harap dia sembuh memang tak akan berlaku sebab aku memerhatikan setiap pesakit aku yang sabar dan penuh keyakinan, alhamdulillah dalam tempoh 3 ke 6 minggu pesakit mula merasakan kaki mereka mula rasa ringan dan semakin kurang ketat ..

bagi pesakit yang melakukan rawatan senaman dan juga fisioterapi , anda boleh mencuba senaman kaki ini kerana aku percaya salah satu rawatan yang paling berkesan pada masalah lutut ini ialah senaman lutut yang konsistant dan lakukan dengan keyakinan ..

Korang boleh mulakan senaman dengan tuamkan tuala panas pada lutut dalam 10min kemudian terus lakukan senaman , dan apabila senaman selesai tuamkan dengan ais bagi mngurangkan simptom bengkak atau sakit yang mungkin boleh terjadi selepas senaman..tetapi percayalah insha Allah kaki kita akan mula terbiasa dengan senaman ini dan dia akan secara automatiknya akan jadi kuat kerana kita mencuba menguatkan struktur otot otot yang menyokong tulang lutut kita ini..

Wasalam..


Physiotherapy dan Osteoarthritis serta Puncanya

Apakah itu Osteoarthritis
Asalamualaikum, Untuk entry kali nie aku nak citerkan sikit perihal sakit lutut nie, selalunya sakit lutut nie selalu diakaitkan dengan usia yang semakin meningkat . Osteoarthritis...
aku rasa semua orang pernah dengar benda nie kan , kadang kadang sakit lutut nie menyebabkan pesakit suffer sehingga membataskan pergerakan dan juga menjadi orang hilang upaya lagi...

Itulah lumrah manusia dimana semua yang ada di tubuh kita adalah pinjaman semata mata , dan ada expired date dia, itu caranya Allah nak beritahu kita secara penuh kasih sayang ,yang kita semakin tua ..Hu hu..

So berbalik pada tajuk , Osteoarthritis adalah sejenis penyakit yang akan menyerang mana mana sendi di badan manusia, kecuali sendi pintu atau seangkatan denganya..eh salah topic lak..antara tempat yang paling mudah kena attack Lutut, sendi Peha, Belakang, dan Juga Bahu . Sakit lutut salah satu symptom yang biasanya mudah berlaku pada setiap gender..Mengikut kajian wanita lebih mudah diserang sakit lutut OA nie berbanding lelaki..
Kenapa ekk agaknya..
1. Kalsium wanita akan diserap oleh anak anak yang dikandung oleh mereka ..maka anak anak hormatilah dan sayangilah ibu anda ,besarnya pengorbanan mereka sampai kalsium mereka pun kita serap ..
2.Allah menciptakan kaum hawa sebagai Ibu , maka setiap diri mereka penuh kelembutan dgn kasih sayang , maka anggota tubuh badan mereka also penuh dengan kelembutan sehingga tendon , tisu , tulang pun lembut maka kebarangkalian sendi sendi mereka lebih flexible dan ini menyebabkan risiko untuk mendapat OA ada disitu.
3.Perubahan Hormon, Kajian menyatakan hormon estrogen pada wanita memainkan peranan sebagai pelembut pada setiap rawan dalam tubuh badan mereka , tetapi apabila mereka melepasi tahap menopous, hormon ini tidak dihasilkan lagi ,maka risiko untuk mereka menghadapi masalah OA ini ada di situ.
4.Genetik, Juga ada dinyatakan dalam kajian , jika dalam keluarga itu , si ibu ada masalah OA knee, maka risiko untuk anak anak mereka juga ada terutama bagi anak anak perempuan.
5.Gaya Hidup..Antara salah satu pekara yang kita lihat penggunaan kasut tumit tinggi, confirm kalau korang tanya org yang pakai kasut tumit tinggi nie selesa atau tak aku percaya diorang akan kata tak selesa tetapi kerjaya memaksa mereka cheewaaahh..

Pada mulanya aku nak percaya kajian genetik nie susah jugak, tetapi sepanjang 13 tahun aku dalam bidang nie , aku akui ianya boleh berlaku sebagai contoh ada satu pesakit aku , Mak nya berumur 78 tahun ,masalah utama sakit Lutut OA, masa aku buat rawatan nenek nie ,tiba tiba datang 2 orang makcik dalam lingkungan 40-50 tahun umurnya menceritakan mereka juga mempunyai masalah lutut sama seperti nenek @ ibu mereka .

Contoh Gambar




Dalam kedua dua contoh gambar ini kita boleh lihat dengan jelas apa itu Sakit Lutut OA /Radang sendi lutut.
kalau kaki kita sihat walafiat selalunya akan ada ruang antara kedua dua tulang iaitu tulang tibia dan femur, maka Jika jadinya OA rawan atau kartilage yang menjadi pelincir dan juga pelapik antara permukaan kedua dua tulang ini akan haus , maka tulang ini akan bergesel sesama sendiri yang akan mengakibatkan inflamasi pada permukaan tulang...oleh itu kesakitan yang amat ,atau rasa seperti terbakar akan berlaku disekitar permukaan lutut. kalau makcik pakcik kat hospital tue cakap pijar ngan bisa bisa yang sukar digambarkan.

Tanda tanda yang lutut kita nak tamat tempoh atau nak kena OA nie ialah
  1. Kerap sakit apabila berjalan dalam jarak yang jauh, tetapi sakit nya kurang bila rest
  2. bengkak sekitar lutut
  3. Rasa suam suam di keliling lutut, kadang kadang merah di permukaan lutut
  4. sendi rasa ketat ,terutama lepas bangun pagi , nak kena gerak sikit sikit baru rasa longgar.
  5. rasa sukar nak tegak kaki lepas duduk terlalu lama , atau lepas bersila
  6. Konfirm kaki sakit nak naik tangga
  7. Muzik krak atau krepitus dihasilkan di lutut tiap kali bengkok ngan tegakkan kaki..
Soalan cepu Emas selalu pesakit aku tanya, boleh tak makcik makan suplement penambah rawan lutut...
Hmmmm..kajian menyatakan dalam OA ni sakit tu berpunca kerana rawan di hujung permukaan tulang kita dah haus dimamah usia. Dan rawan tu xboleh nak dihasilkan lagi oleh badan. Sebab tu biasa nya utk rawatan OA, lebih kepada symptomatic relief atau merawat simptom-simptom terutama sekali sakit dan kekakuan sendi - dan ini melalui pengambilan ubat NSAIDs (non-steroidal anti-inflammatory) yg mengurangkan keradangan di sendi (sebagai one of the first line treatment, total joint replacement being the definitive treatment). Dan bukan dgn mengambil makanan2 'kesihatan' yg biasa dipromosi ni. X salah utk ambil sebagai supplemen kepada makanan, tapi bukan utk RAWATAN sendi - ia sama sekali xboleh nak hilangkan sakit sendi tu.
Tetapi kadang kadang aku kesian tengok makcik, pakcik , uncle, auntie habiskan beratus ratus ringgit beli produk supplement yang kononya boleh menggantikan rawan nie,tetapi mereka berhak diberitahu keadaan yang sebenar dan terpulang bagi mereka untuk mempercayai atau tidak. Ini berlaku kepada pesakit aku sendiri yang mengamalkan produk supplement nie sampai 3 -4 tahun tapi last last kena tukar sendi juga..Bagi aku tak salah itupun satu ikhtiar juga tetapi apabila kita mkan supplement tue dekat setahun dua ,tak ada improvement maka stop sahaja ,Jumpa Pakar Tulang dan dapatkan penjelasan yang lebih terperinci dari Dr orthopedic yang akan memberikan rawatan alternative kepada pesakit.

Insha Allah Pada Entri akan datang aku akan selitkan senaman yang secara semula jadi boleh membantu menguatkan otot otot kaki agar OA ini dapat dikurangkan risiko untuk menghidapnya.

Wassalam..











Physiotherapy dan Cara Guna Ais Pack serta Hotpack.

Hotpack atau Cold pack
Asalamualaikum..
Untuk post entry di petang yang penuh kerahmatan ini , aku nak share berkaitan penggunaan terapi panas ngan terapi sejuk, Dalam masyarakat malaysia yang penuh kemajmukan ,tak termasuk bangladesh, indonesia, vietnam dan paling latest di abad ini kebanjiran awang hitam..eh silap nie nak citer pasal rawatan ke cerita kebanjiran warga asing nie...ok fokus back to the topic..

Contoh..Hot Bag
  Korang balut je ais tue dalam plastic ,lepas tue balut ngan towel lembab..

Soalan Cepu Tembaga
Kenapa sakit belakang yang akut digalakkan letak ais berbanding panas?

Jawapan yang aku terima dari student yang penah aku jadi dia punya mentor dulu dia kata ais sejuk dan menyamankan, memang betul jawapan tue tapi tue jawapan standard budak sekolah rendah, kalau aku tanya pun , Dik panas terik nie kenapa minum ais , so konfirm 100% jawapan dia akan sama..

Tapi dalam fisiologi yang berlaku pada badan manusia , apabila berlaku strain pada otot , atau dalam kata lain , sakit belakang yang akut ( Baru kena dalam 24 Jam/ 48 Jam) ,ais memainkan peranan yang penting untuk mengurangkan sakit. Kalau korang nak lebih faham aku bagi contoh ye.. Katakanlah hari ni ko punya tangan terketuk ngan Hammer , apa akan belaku, sure bengkak dan lebam kan , maka kalau ko nak bagi bengkak tue surut ,aku rasa korang akan cari air batu.. Oleh itu apa bila berlaku kecederaan pada bahagian belakang secara fisiology nya otot di bahagian belakang akan berlaku inflamasi atau dalam bahasa lagi mudah nak faham bengkak (Spasm) ..sebab tue korang secara otomatiknya korang akan rasa sukar untuk bergerak dan berdenyut denyut..kalau kena sengat lebah atau penyengat berdenyut tak..haaaa rasa nya mcm tue lah kut, sebab setiap orang tahap sakit dia berbeza beza.

Sebab itu apabila kecederaan ini berlaku dalam tempoh 24 jam atau 48 jam (1 hari ke 2 Hari)
cara yang berkesan adalah tuamkan dengan ais ,lakukan sekerap yang mungkin bagi melegakan rasa kesakitan itu. Kalau sakit berterusan jangan lupa pergi jumpa Dr , cara ini untuk mengurangkan suffer korang kalau kena kat rumah ke , office ke , padang bola ke atau sewaktu dengan nya.

Soalan Cepu suasa
Bila masa nak gunakan panas pulak?
Aku perasan tiap tiap kali aku jumpa pesakit aku diorang mesti kata , pakcik gosok ngan minyak panas je nak..lepas tue pakcik tuam ngan tungku bersalin makcik engkau..
Aku pun tanya balik apa pakcik rasa lepas buat benda alah tue..
Dia kata la lagi sakit dibuatnya siap rasa macam kena bisul berdenyut denyut lepas tuam ngan benda panas..
Bagi aku cara pakcik tue tak salah , dan dia berikhtiar , tetapi masa ngan waktu kecederaan itu tak sesuai ngan rawatan yang pakcik tue buat.

Ini kerana apa bila kecederaan berlaku dalam tempoh yang baru , terapi panas akan mengakibatkan pengembangan salur darah semakin membesar dan ianya akan mengakibatkan pembengkakkan dan inflamasi di sekitar tisu otot, maka  kesakitannya dikhuatiri akan bertambah.

so , nak bagi korang lagi mudah paham , terapi panas nie lebih afdal atau effective dilakukan apabila kesakitan semakin kurang , cuma tinggal rasa lenguh , penat , ketat atau stiffness early morning, selalunya ianya dilakukan apabila masuk hari ketiga sakit , kerana waktu itu symptom sakit belakang lebih kepada sengal sengal dan stifness, maka terapi panas akan menjadi effective

Panas yang aku maksudkan adalah penggunaan beg air panas atau hot pack ye bukan minyak panas ..

Soalan Cepu Plastik
Boleh tak gabungkan kedua dua nya sekali?

Eh.... mesti la boleh apa salahnya , tapi ikut cara yang aku ajarkan nie insha Allah akan nampak perbezaanya, cuma kena banyak bersabar , jika ada pengambilan ubat teruskan dan lakukan rawatan yang simple ini tetapi berkesan . Dan gabungan ini korang boleh lakukan kalau sakit tue dah jadi sakit yang chronic (bermaksud lebih dari 1 minggu) , apa apa pun terapi ais ngan panas ini mudah , save cost dan no bad side effect cuma method dia kena betul..

Posisi nak buat rawatan nie terpulang pada individu tersebut..korang boleh rujuk posisi baring yang aku post dalam entry lepas ..lepas tue korang letak je Hotpack ke /ais pack pada tempat sakit tue..

Wasalam...


Kalau boleh jangan buat cara nie dah la ye..aku tak galakkan

 





Physiotherapy dan senaman tulang belakang

Senaman Tulang Belakang
Asalamualaikum..
Untuk entry kali nie aku nak share sedikit pasal senaman senaman asas yang boleh korang lakukan apabila kena sakit belakang..

Tapi satu benda ada dalam mentaliti masyarakat aku nie adalah urut...tak dinafikan urut memang best tapi selalunya ada pesakit aku lepas pergi urut langsung tak boleh jalan , paling teruk kena demam urat lagi..hu hu maksud aku kramp atau kekejangan otot yang teruk..

Adalah satu kisah kawan aku , dia kena sakit belakang (PID) lepas main badminton, siap pergi jumpa tukang urut lagi , malam tue lepas main siap pergi ngeteh ( maksudnya pergi minum kat kedai) bahasa org johor, dia komplen sakit sikit sikit , maka aku pun memberikan nasihat sebagai jurupulih anggota yang profesional chewwahh walaupun kalau ikutkan aku tak kerja malam tue , tapi di atas amanah yang dipikul dibahu maka aku memberi panduan kepadanya untuk letakkan ais pack pada belakang dan area yang sakit itu..Diatas pemikiran yang sukar ditembusi mengatakan ais itu angin dia membantah sekeras kerasnya..maka aku pun mendiamkan diri, kerana aku tahu member aku nie memang tak minum ais punya orang..

Nak dijadikan cerita esoknya member aku nie admitted kat hospital sebab kesakitan yang semakin teruk dan telah menjalar disekitar kaki kanan dia, siap kata kat aku lepas pergi urut tradisional dia tak boleh jalan , paling teruk kena berbaring je.. last last bini dia hantar ke hospital, apalagi dah sakit sangat sedas dua la injection dapat nak bagi kurang sakit.

Esoknya member aku nie dirujuk ke Dept Physio untuk rawatan, siap malu malu biawak lagi member aku sebab jumpa aku pagi tue , dia siap cakap pakcik tukang urut tue siap kepak kepak lagi belakang ngan kaki dia last last terus terkepak macam burung unta yang tak boleh terbang..ehhh burung unta memang tak boleh terbang kan...Ok fokus balik pada tajuk, aku pun nasihat kat member aku , kalau malam tue dia dengar cakap aku dia letak ais kat belakang , rehat sambil cari posisi tidur yang selesa dan lakukan renggangan yang ringan insha Allah sakit belakang itu tak akan teruk..

So aku nak share apa yang patut korang lakukan kalau tiba tiba sakit belakang berlaku tanpa korang jemput

  1. Berhenti segala aktiviti yang boleh mengaktifkan sakit belakang itu berterusan, sebagai contoh,membongkok atau mencangkung.
  2. Berehat serta tuamkan Ais kebahagian yang sakit ,tuamkan selama 20min dan berterusan setiap 4jam sekali, kalau malas nak pakai ais cari ice pack mcm dalam gambar nie ,kat farmasi banyak jual benda alah nie, anak demam pun boleh tuam kat dahi ,senang tak basah.




3.Pilih posisi yang selesa seperti di dalam gambar ini 

4.Boleh ambil panadol kalau sakit itu masih boleh dikawal..tapi jangan la sampai satu papan panadol korang balun , sebab kalau sakit itu berterusan memang korang kena ambil ubat penahan sakit tetapi haruslah dikawal dan jumpa dengan Dr.

Selalunya sakit belakang nie kalau ringan ianya hanya berlanjutan dalam 1-3 minggu , kalau teruk tue kadang kadang 3-6 bulan..waktu sakit tue dah kurang jangan la korang cuba try buat atau cari posisi yang buatkan sakit tue menjelma kembali, macam member aku nie dah semakin baik dia kata dia nak try buat pusing pinngang tak pasal pasal sakit balik..hhhhhaaaa makan ubat balik member aku tue..kalau dah hilang sakit buat dont know je..biaq pi la sakit dia tue...

Ok senaman yang basic korang boleh try insha Allah mujarab untuk sakit belakang yang akut , sebagai contoh sakit bila nak bangun pagi , so sebelum korang pegi bilik air nak solat subuh tue korang try buat exs yang aku tunjuk nie at least ko spend sikit masa dalam 10 min mcm tue ,contohnya mcm dalam gambar nie..


1.Double Knee Rolling 
Depangkan tangan , rapatkan kedua dua lutut ,kemudian secara perlahan lahan pusingkan pinggang ke arah kiri dan kanan secara perlahan dan teratur , cuba stretch semampu yang mungkin, berhenti apabila sakit yang keterlaluan , sakit sedikit sebab stretch adalah rasa yang normal, teruskan sebanyak 15-30x


2.Knee to the chest
Bengkokkan kedua dua lutut , letakkan tangan diatas atau bawah
lutut dan secara perlahan tarik serta rapatkan kedada, lakukan kedua dua lutut , senaman ini adalah salah satu cara renggangan yang baik untuk tulang belakang level 5-s1,kalau dapat tahan dalam 10 saat lagi baik kalau tak boleh ulang perlahan lahan dan berterusan sehingga rasa longgar.





3.Sciatica Stretch
Bagi sakit belakang yang ada merebak ke bahagian kaki ,korang boleh cuba senaman ini , letakkan tangan di pelipat lutut ,kemudian secara perlahan lahan tegakkan kaki sehingga ada rasa tarik dan pulling , biarkan sekejap dalam 5 saat ,diulangi berulang kali semampu yang boleh.




Aku selalunya pun untuk pesakit , aku tak ajar banyak banyak sebab takut diorang stress sebab banyak sangat exercise, lagi satu orang malaysia nie malas nak bersenam , sebab tue 10 pesakit aku tanya ada buat exs tak 8 tak buat , 2 buat ..so macam mana nak baik sakit belakang tue..
untuk panduan senaman tulang belakang ini jika dilakukan 3 kali sehari insha Allah akan nampak perubahannya, yang paling penting sakit itu akan semakin berkurangan..

ada pesakit tanya aku nak letak minyak panas boleh, jawapan aku simple je ,letak la selagi sakit tue boleh dikurangkan , tetapi mentaliti minyak panas nie akan berkesan kalau korang combine kan dengan senaman sakit belakang nie....Insha ALLAH..


Physiotherapy dan Sebab Sakit Pinggang (Belakang)

Slipped Disc
Asalamualaikum... Hari nie aku nak cerita sikit berkaitan masalah yang paling selalu aku dengar dari pesakit pesakit aku...Iaitu sakit belakang..atau dalam bahasa omputihnya Back pain...jenis sakit belakang nie banyak tapi hari nie aku nak citer pasal PID (prolapse Disc )atau dalam melayunya disc tergelincir..Macam pelik je bunyinya..hu hu anyway aku tahu setiap orang tak kira laki ke pompuan ke ,melayu, cina, india dan lain lain mesti ada sejarah sakit belakang nie...
Punca punca sakit belakang (PID) biasanya yang disenaraikan oleh pesakit aku
  • Angkat benda berat- Kalau tanya je kenapa sakit belakang makcik..jawapan dia angkat cucu, aku tanya balik makcik punya cucu berapa tahun umurnya..dia kata la 6 tahun..memang la makcik bukan setakat belakang je boleh sakit silap-silap patah facet joint makcik .

  • Jatuh - Ini satu hal lagi, jatuh merupakan jawapan yang paling feymes kalau sakit belakang nie ,kadang kadang  siap buat demonstrasi lagi cara dia jatuh, ada la satu uncle nie dalam usia usia emas dia cerita kat aku ngan penuh semangat dan penuh keyakinan macam mana dia jatuh , punya la panjang citer dia last last kesimpulan dia pijak air liur cucu dia yang umur 8 bulan ,sebab baby tue merangkak sambil melepaskan air liurnya yang penuh kelikatan itu di atas lantai, maka uncle ini jatuh baik punya atas tulang punggung dia.

  • Tak tahu punca- ini pun jawapan yang kadang kadang pesakit aku tak tahu kenapa dia boleh sakit belakang, ada satu brother nie siap cakap kat aku ,dia bangun tidur je dia dapat sakit belakang, yang peliknya dia kata katil tidur dia harga beribu raban jenama terbaik antara benua , tapi kena sakit belakang juga, siap dia kata ada penunggu lagi duduk atas belakang dia , he he he terkejut juga aku pemikiran dia sampai tahap itu.


    so apa yang aku nak share kat sini sebenarnya sakit belakang nie boleh terjadi dalam apa jua bentuk pun tetapi mesti ada sesuatu yang menyebabkan ianya menjadi lebih teruk, sebab takkan la tepuk sebelah tangan lagi sebelah boleh berbunyi ..betul tak ..

    ini salah satu gambar yang simple untuk korang faham kenapa sakit belakang tue boleh terjadi


    Setiap manusia yang diciptakan Allah amat unik dan hebat , tetapi secara lumrahnya semua itu adalah pinjaman darinya , maka jika sampai masa dia ambil , maka dia akan ambil..

    Tulang belakang kita mempunyai sejenis rawan (Disc) yang begitu kompleks dan unik , ianya berfungsi untuk menahan segala macam tekanan dan juga geseran, tetapi jika sampai waktu dan masanya ianya akan tamat tempoh juga sama la seperti absorber kereta lama lama spoil juga , cuma rawan ini lebih bertahan lama dan kadang kadang sampai hujung nyawa kita.

    Jika korang pegi hospital maka Dr pun cakap anda mempunyai masalah tulang belakang , dalam erti kata lainya slip disc..pening juga ye bila memikirkan macam mana la disc nie boleh tergelincir pulak , macam keretapi tergelincir dari landasan.Sebenarnya ianya boleh berlaku apa bila ada daya tahan yang terlalu kuat berlaku di turus tulang belakang kita maka tekanan ini akan mengakibatkan tulang belakang ini mengalami bulge atau untuk mudah korang paham, rawan (disc) ini mengalami kebocoran..alamak makin pening nak paham nie .. ok lah sebenarnya dalam Disc ianya mempunyai cecair yang dipanggil Nucleus Pulposus, bendalir inilah yang berfungsi untuk menjadi absorber untuk setiap pergerakan tulang belakang kita.

    Tetapi apabila belakunya kebocoran pada dinding annulus fibrosus, cecair ini akan merebak keluar dan mengeras di sekitar disc maka ianya akan menghimpit saraf yang sememangnya sebelum ini bebas bergerak di sekitar tulang belakang kita, sebagai contoh sebelum nie highway 3 lorong tapi ada roadblock tutup dua lorong maka makin sempit la laluan dia.

    Sakit belakang nie umpama sakit gigi , bila kena semua benda tak kena , kadang kadang kucing lalu pun kucing nak disepaknya..ish ish kejam kejam...itu story dari patient aku la..dalam web dan alam maya nie banyak info berkaitan PID yang boleh korang google..kerana segalanya bermula di hujung jari anda ..

    Insha Allah dalam next entry aku akan postkan apa rawatan asas yang boleh korang lakukan kalau PID nie kena pada korang tetapi percayalah tiada penyakit yang diturunkan allah mesti ada penawarnya ..yang penting usaha dan tawakal..